XtGem Forum catalog
wel
btop






0n : 1 users


B 4 N D U NG™
btop
B4NDUNG 2007
PENYAKIT_MALARIA

Penyakit Malaria

Perkataan malaria bermaksud "bad air".
Penyakit ini terkenal di sekitar kawasan Amerika Selatan, Sub-Saharan Africa dan Asia.
Kanak-kanak dan wanita mengandung lebih mudah dijangkiti penyakit malaria.

* Parasit Malaria.

Malaria merupakan satu penyakit yang disebabkan parasit protozoa daripada genus plasmodium.
Terdapat 5 jenis parasit 'strain' yang menyebabkan malaria di antaranya vivax dan falciparum. 4 daripadanya berupaya menjangkiti manusia.
'Strain' falciparum adalah yang paling merbahaya kerana dapat menyebabkan kematian dan bertanggung jawab terhadap 90 peratus kematian.
"vivax" biasa didapati di Amerika selatan dan Asia.
Cara Penyebaran Penyakit Bagaimana penyakit malaria merebak?
Malaria adalah penyakit bawaan nyamuk.
Dengan kata lain, nyamuk bertindak sebagai vektor yang memindahkan parasit dari badan pesakit yang dijangkiti malaria ke manusia sihat yang lain dan menyebabkan orang yang sihat ini turut dijangkiti malaria.
Cara penyebaran lebih kurang sama dengan penyakit denggi.
Nyamuk dan parasit merupakan 'ancient creatures'.
Jadi, penyakit malaria telah wujud sebelum wujudnya manusia lagi.
Parasit ini akan sentiasa berevolusi dan pertarungan antara manusia dan penyakit malaria tidak akan berakhir.
Kenapa?
Bukankah dunia ada chloroquine dan DDT ( dichloro diphenyltri chloroethane )?
Chloroquine boleh ganggu 'reproduction' parasit, DDT pula racun serangga yang tahan lama.
Dengan jumlah yang sedikit saja, DDT dapat membunuh nyamuk yang menyebar kan penyakit ini 'for months' dan secara tidak langsung, ia boleh mengganggu kitaran penyakit malaria.
'Even' Brazil dan U.S. berjaya menewaskan malaria satu masa dahulu.
Ya. Tapi dunia juga ada mereka yang suka 'exploit things'. DDT digunakan secara tidak terkawal oleh petani dan menyebabkan pencemaran dan kematian beberapa jenis hewan.
Pada tahun 1996, penggunaan DDT dihentikan dan digantikan dengan 'pyrethroid pesticide'.
1999 - nyamuk pembawa malaria sudah 'resistant' terhadap racun tersebut.
Dan jangan lupa parasit malaria mudah berevolusi.
Kitaran hidupnya yang pantas telah menghasilkan 'drug-resistance' parasit.
Parasit ini akan terus membiak dan akhirnya menyebabkan chloroquine tidak berkesan.

* Tanda-tanda Penyakit Malaria

Tanda-tanda serangan parasit malaria termasuklah demam, menggeletar, sakit sendi, kekejangan dan anemia.
Berpeluh, rasa sejuk dan panas secara bergilirgilir merupakan "symptom" klasik malaria.
Kekurangan darah (anemia) dapat menyebabkan kerosakan otak secara langsung dan pesakit boleh berada dalam keadaan koma.
Jika tidak dirawat. ia bisa menyebabkan kematian.
Dalam kes malaria yang teruk, pesakit mungkin akan mengalami "neurogical damage" yang kekal.
Kebanyakkan pesakit terdiri daripada kanak-kanak. falciparum adalah penyebab utama 20 peratus kanak-kanak Zambia mati sebelum berusia 5 tahun.
Malaria juga bisa menyebabkan sakit kepala yang melampau, limpa dan hati membengkak serta mengakibatkan kegagalan ginjal.
Malaria yang teruk dapat mengakibatkan kematian dalam masa yang singkat.
Seorang kanak-kanak yang sihat pada hari ini mungkin mati keesokkan hari.
Teknik Serangan Penyakit Malaria
Cabaran Penyakit Malaria Teknik Serangan Penyakit Malaria
Nyamuk dan parasit plasmodia bertanggung jawab terhadap penyakit malaria.
Nyamuk dari genus Anopheles merupakan satu-satunya serangga yang bisa memindahkan parasit dari satu tempat ke tempat yang lain.

- Nyamuk Anopheles
Pada waktu malam, nyamuk betina Anopheles mungkin telah menghisap darah mereka yang menghidapi penyakit malaria dan sebahagian parasit plasmodia akan turut dihisap bersama-sama darah.
Nyamuk Anopheles akan bertindak sebagai vektor dan dijadikan tempat persembunyian parasit malaria sebelum parasit berpindah ke "host" yang baru.
Plasmodia ini akan dipindahkan dari 'host' yang lama ke 'host' yang baru melalui vektor ini.
Apabila nyamuk Anopheles menghisap darah manusia yang tidak menghidapi malaria, parasit ini akan turut dipindahkan kepada mereka.
Seterusnya, dijangkiti penyakit malaria. Nyamuk Anopheles tidak memilih umur makanan mereka, jadi setiap manusia boleh menjadi mangsa nyamuk Anopheles.
Kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa berpotensi untuk dijangkiti malaria.
Namun, kanak-kanak dan wanita mengandung lebih terdedah kepada serangan malaria kerana kurang daya tahan penyakit.

- Parasit plasmodia
Parasit plasmodia ini terus memasuki 'bloodstream', sejurus selepas nyamuk Anopheles merembeskan sedikit saliva ke atas mangsa (manusia) bagi mengelakkan pembekuan darah.
Biasanya hanya beberapa dozen plasmosia yang memasuki saluran darah.
Tetapi satu parasit malaria sudah mencukupi untuk membunuh seorang manusia.
Matlamat mereka adalah hati.
Setiap plasmodia yang berjaya tiba di hati akan menakluk satu sel.
Di dalam setiap sel, parasit ini makan dan membahagi.
Inilah aktiviti mereka sehingga semua sumber berjaya diexploit. Ia mengambil masa lebih kurang seminggu.
Kemudian, sel akan pecah dan membebaskan plasmodia yang telah membahagi kira-kira sebanyak 40 000 kali.
Parasit tersebut terus menakluk sel-sel yang lain dan terus membahagi.
Sel darah merah turut menjadi mangsa.
Selepas kehabisan sumber, sel pecah dan kitaran berulang kembali.
Badan mulai sedar kehadiran penceroboh.
Sistem pertahanan bertindak.
Otot dan kepala mula merasa sakit.
Sistem imunisasi cuba menghapuskan 'invader' dengan meningkatkan suhu badan.
Otot bergetar bagi menghasilkan haba.
Namun, plasmodia terus membahagi dan menakluk sel-sel yang lain.
Sel darah merah yang bertanggung jawab membawa oxygen banyak dimusnahkan.
Mangsa susah bernafas. Paru-paru berusaha mendapatkan oxygen.
Jantung mengalami kesukaran untuk mengepam darah.
Oxygen tidak dapat dihantar ke otak.
Bilangan sel darah merah sangat sedikit.
Sel otak mati.
Mangsa berada dalam keadaan koma.
Dalam masa yang sama, bilangan 'invader' tetap bertambah.
Mereka tidak dapat dihentikan!
Jika tidak mendapat rawatan secepat mungkin, mangsa akan mati.
Penyakit Malaria " Cara Penyebaran dan Tanda-tanda Cabaran Penyakit Malaria Cabaran Penyakit Malaria Dari kaca mata kebanyakkan orang, malaria sering dilihat sebagai penyakit yang sudah berjaya ditangani seperti "smallpox" dan "polio".
Kebenarannya, pesakit malaria bertambah dari tahun ke tahun.
Separuh daripada populasi dunia terancam, iaitu merangkumi 106 negara. Sekurang-kurangnya satu million kanak-kanak akan mati setiap tahun. Kebanyakkannya tinggal di kawasan Africa. Rawatan Pesakit Malaria dan Pencegahan Quinine Penawar yang pertama dijumpai di kawasan Peru dan Ecuador. Ia merupakan kulit kayu daripada pokok cinchona. Masyarakat setempat menggelarkannya sebagai quina quina. Ia kemudiannya dikenali sebagai quinine. Quinine, bertindak mengganggu sistem reproduksi parasite malaria. Quinine telah menyelamatkan banyak nyawa, namun, pengambilan secara berterusan boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuklah kehilangan deria pendengaran. Chloroquine Sekitar tahun 1940-an, penawar tiruan malaria telah diperkenalkan. Bahan tersebut dinamakan chloroquine. Chloroquine lebih murah, selamat dan dapat memberikan perlindungan terhadap penyakit malaria dalam tempoh yang panjang. Artemisia Berasal daripada tumbuhan herba yang juga merupakan kaedah perubatan cina kuno. Versi yang terbaru dipanggil artemisinin. Artemisinin mempunyai kesan yang sama seperti quinine dengan sedikit kesan sampingan. Bagi mengelakkan mutasi dan penghasilkan �drug resistant� parasit, �drug derivatives� akan dicampur dengan bahan yang lain. Rawatan ini dikenali sebagai artemisininbased combination therapy ataupun ACT. Dichloro-diphenyl-trichloroethane � DDT DDT merupakan racun serangga yang kuat. �Microscopic amounts� boleh membunuh nyamuk selama berbulan-bulan. DDT boleh mengganggu kitaran penyebaran nyamuk Anopheles. DDT digunakan secara meluas sebagai satu cara bagi mencegah malaria. Harga DDT yang murah menyebabkan DDT digunakan secara tidak terkawal oleh golongan petani terutamanya pengusaha kapas. Racun yang berlebihan terperangkap dalam tanah dan mencemarkan saliran. Walaupun DDT tidak beracun terhadap manusia, namun DDT merbahaya kepada salmon, helang dan haiwan lain. Vaksin Malaria Hingga kini, tiada vaksin bagi penyakit malaria. Vaksin biasanya digunakan pada organisma seperti bacteria dan virus, yang mempunyai bilangan �genes� yang sedikit. Maka lebih mudah untuk menghasilkan vaksin. Tapi, Plasmodium falciparum mempunyai lebih daripada 5000 �genes�. Penyelidikan giat dijalankan di seluruh dunia bagi menghasilan vaksin. Vaksin mungkin satusatunya jalan penyelesaian terhadap penyakit malaria. Penyakit Orang Miskin Malaria lebih senang dilihat sebagai penyakit negara miskin. Tahun 1930-an, malaria menyerang U.S. kebanyakkan kes di bahagian selatan America. Kemudian, program anti-malaria diadakan. Lebih daripada 3 ekar paya dikeringkan, penyemburan racun DDT di rumah-rumah, dan pada tahun 1946 �Centre for Disease� ditubuhkan di Atlanta khusus untuk menangani penyakit malaria. 1950, penyebaran malaria berjaya dihentikan di U.S. Kejayaan ini menjadi inspirasi kepada World Health Organization untuk melancarkan program �Global Malaria Eradication�. Program yang dilancarkan pada tahun 1955 itu bermatlamat untuk menghapuskan penyakit malaria dalam masa 10 tahun. Wang dan tenaga banyak digunakan. Kes malaria dilaporkan berkurangan di beberapa negara seperti Sri Lanka dan India. Di kawasan Caribbean dan Selatan Pacific, malaria berjaya dihapuskan. Namun pada tahun 1969, program tersebut ditamatkan. Bagi negara yang hampir-hampir menewaskan malaria, penyakit malaria kembali menyerang. Termasuklah di India dan Sri Lanka. Program ini tidak pernah dilancarkan di kawasan sub-Saharan Africa. Faktor-faktor kegagalan program penghapusan malaria Kekurangan bantuan luar � kewangan dan tenaga Ketidakstabilan politik dan kemiskinan Penyalahgunaan racun DDT Kewujudan �drug-resistant� parasit Faktor kejayaan U.S. dan Brazil mengawal malaria ? Mempunyai sumber yang mencukupi � hampir setiap orang mampu mendapatkan khidmat doktor ? Penghapusan tempat pembiakan nyamuk secara total � pemusnahan paya ? "Lucky" " dua spesies
Anopheles yang biasa terdapat di situ lebih berminat hisap darah binatang ternakan berbanding manusia Penyakit Malaria " Cara Penyebaran dan Tanda-tanda Teknik Serangan Penyakit Malaria

Sumber
� wikipedia - National Geographic July 2007

F R I E N D S
0nline: users
Daily : 1 >users
Hits: 630 users
infowap

Topand
hits
ALRIC
btop
waptop
apieknet
mobpart


B4NDUN6
2008™
Designed By:
B4ND@3NG._HIT
cop
11630
Bandung hit